Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (30 Julai 2018)

344

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • RBA mengatakan ekonomi dijangka berkembang sedikit di atas 3% pada 2018 dan 2019 disokong oleh keadaan perniagaan yang positif dan tahap pelaburan awam yang lebih tinggi.
  • Penganalisis pasaran melihat penggunaan isi rumah kekal sebagai sumber ketidakpastian disebabkan oleh tahap hutang yang tinggi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
  • Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
  • Kadar pengangguran Australia kekal pada 5.4 peratus pada Jun, walaupun ekonomi menambah 50,900 peluang pekerjaan. Jumlah pekerjaan sepenuh masa menaik sebanyak +41,200 berbanding dengan -20,600 pada bulan Mei.

PLAN: SELL AUD

  • Data inflasi tidak mencapai jangkaan pasaran.
  • Data harga pengeluar (PPI) di Australia keluar lemah 0.3% berbanding 0.5% sebelum ini.
  • Data Jualan runcit pada minggu ini dijangka keluar rendah dari sebelumnya.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat