Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (1 November 2018)

193

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.50% kepada 1.75% pada 24 Oktober dengan kenyataan yang hawkish.
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 5 Disember 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 10 ).
  • BOC:Ekonomi berada pada tahap yang baik dan tidak memerlukan rangsangan buat masa sekarang.
  • Jangkaan terdapat kenaikan kadar faedah lagi sekali pada tahun ini.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menurun kepada 1.9% daripada 2.3% sebelumnya.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada jatuh kepada 2.2% pada September 2018 daripada 2.8% pada bulan Ogos dan jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.7%.

PLAN: SELL CAD.

  • Data pekerjaan Kanada esok dijangka melemah oleh kerana terdapat kejatuhan didalam komponen pekerjaan IVEY PMI untuk bulan September.
  • Tinjauan Reuters mendedahkan bahawa pengeluaran minyak mentah OPEC melonjak sebanyak 390K tong sehari walaupun terdapat kekangan pengeluaran di Iran dan Venezuela.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat