Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (27 Ogos 2018)

295

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 5 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Kadar faedah akan terus meningkat pada kadar yang beransur-ansur.
  • Gabenor BOC Poloz: Ekonomi berada dalam keadaan baik serta pasaran pekerjaan mengukuh.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada meningkat kepada 3% pada bulan Julai 2018 daripada 2.5 peratus pada bulan Jun, di atas jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Ia adalah kadar inflasi tertinggi sejak September 2011.

PLAN: SELL CAD

  • Penguncupan yang tidak dijangka dalam penjualan borong di Kanada dan menyebabkan data jualan runcit di Kanada merudum. Jangkaan akan memberi kesan yang negatif kepada data ekonomi tumpuan Kanada iaitu KDNK (GDP).
  • Risiko terhadap NAFTA. Rundingan akan berjalan pada minggu ini antara AS dan Mexico tanpa melibatkan Kanada.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat