Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CHF Hari Ini (24 Jun 2019)

227

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • SNB mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada -0.75%, sejajar dengan jangkaan pasaran.
  • Mesyuarat SNB seterusnya adalah pada 19 September 2019.
  • Data ekonomi tumpuan adalah inflasi dan GDP.
  • Para penggubal dasar mengatakan bahawa dasar monetari akomodatif masih diperlukan berikutan nilai CHF yang masih lagi tinggi dan ketidaktentuan pasaran global.
  • SNB mengjangkakan inflasi pada 2019 menaik kepada 0.6% berbanding 0.3% yang lihat pada Mac dan untuk 2020 pada 0.7% berbanding 0.6% yang dilihat pada bulan Mac.

DATA EKONOMI TUMPUAN SNB

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Switzerland berkembang 1.7% pada suku tahun pertama 2019, menaik daripada 1.5% pada suku tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan Switzerland menurun kepada 0.6% pada bulan Mei 2019 daripada 0.7% pada bulan sebelumnya, dan sama seperti jangkaan pasaran.

JANGKAAN: BEARISH CHF.

  • Sentimen pasaran yang risk-on akan menyebabkan penawaran terhadap matawang bersifat safe-haven.
  • ECB menyatakan kesediaan untuk memotong kadar faedah dan ini boleh mempengaruhi SNB untuk bertindak.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat