Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (13 Mac 2019)

359

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 10 April 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
  • Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
  • ECB juga mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang pada September 2019 bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang hanya 1.1% pada suku tahun keempat daripada 1.6% pada suku tahun ketiga 2018.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada sembilan bulan terendah sebanyak 1.4% pada bulan sebelumnya dan selaras dengan persetujuan pasaran.

PLAN: SELL EURO.

  • Sektor perkilangan zon Eropah menunjukkan kemelesetan dalam tempoh selama hampir 6 tahun.
  • Mesyuarat ECB mengeluarkan intonasi dovish.
  • Pesanan kilang Jerman dan pengeluaran industri terus jatuh.
  • Data pengeluaran industri zon Eropah bakal dicetak lemah berikutan kelemahan data di Jerman dan Perancis.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat