Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (23 November 2018)

212

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 Disember 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • ECB mengulangi bahawa kadar faedah tidak akan berubah menjelang musim panas 2019.
  • ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan buat masa sekarang dan menekankan risiko yang terdapat di Itali dan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
  • Data GDP (KDNK) di Euro kekal 1.7% seperti sebelum ini.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 2.2% pada Oktober 2018 daripada 2.1% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran.

PLAN: BUY EURO.

  • Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte berkata akan ada perbincangan yang membina dengan Presiden Suruhanjaya Jean-Claude Juncker pada petang Sabtu dan akan melihat lagi kedudukan masing-masing dan menilai bagaimana untuk bergerak ke hadapan.
  • Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini sudah bersedia untuk bertemu wakil Kesatuan Eropah Moscovici dan Juncker untuk membincangkan mengenai bajet Itali.

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat