Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EUR Hari Ini (28 Mac 2019)

283

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 10 April 2019.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
  • Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
  • ECB juga mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang pada September 2019 bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang hanya 1.1% pada suku tahun keempat daripada 1.6% pada suku tahun ketiga 2018.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada sembilan bulan terendah sebanyak 1.4% pada bulan sebelumnya dan selaras dengan persetujuan pasaran.

JANGKAAN: BEARISH EURO.

  • Ketidaktentuan Brexit.
  • Presiden ECB, Mario Draghi, semasa perjumpaan berjadual di Frankfurt, mengulangi bahawa risiko penurunan ekonomi zon Eropah adalah meningkat dan menyatakan bahawa kemerosotan permintaan luaran masih berterusan.
  • Kadar pulangan bon 10 tahun Jerman menurun.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat