FUNDAMENTAL: DOVISH
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0%.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 6 Jun 2019.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
- Waktu untuk langkah menaikkan kadar faedah telah dilanjutkan pada tahun 2020.
- ECB mengulangi ia menjangka kadar faedah utama kekal pada rekod tahap rendah sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun 2019, di tengah kebimbangan pertumbuhan global.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro jatuh kepada 7.7% pada bulan Mac 2019 daripada 7.8% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 7.8%.
- KDNK kawasan Euro berkembang 1.2% tahun ke tahun pada suku pertama 2019, kadar yang sama seperti pada tempoh sebelumnya dan sejajar dengan anggaran awal.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.7% pada April 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya dan jangkaan pasaran melebihi 1.6%.
JANGKAAN: BEARISH EURO.
- Suruhanjaya Eropah mengurangkan unjuran pertumbuhan zon Euro untuk tahun ini kepada 1.2% daripada 1.3% pada ramalan bulan Februari.
- Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini mengkritik undang-undang Kesatuan Eropah berkenaan had bajet.
- Tinjauan PMI perkhidmatan dan perkilangan berkembang pada kadar perlahan di Jerman dan zon Eropah.