Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (15 Mei 2019)

263

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
  • Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar pengangguran UK jatuh kepada 3.8% pada suku pertama 2019, paras terendah sejak Oktober hingga Disember 1974 dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
  • Kadar inflasi tahunan di United Kingdom pada 1.9% pada Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2%.

JANGKAAN: BEARISH GBP.

  • Kerajaan Britain dan parti pembangkang dilihat gagal mencapai persetujuan dalam rundingan dan dalam masa yang sama terus menggugat kedudukan Perdana Menteri Theresa May dalam kepimpinan.
  • Data pekerjaan UK menunjukkan pertumbuhan gaji untuk suku tahunan penghujung Mac lebih rendah berbanding jangkaan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat