Analisis Fundamental & Sentimen Matawang JPY Hari Ini (28 Mac 2019)

291

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah dan polisi monetari mereka pada Mac 2019 pada kadar -0.1%.
  • Mesyuarat BOJ seterusnya adalah pada 25 April 2019.
  • Data ekonomi tumpuan BOJ adalah CPI dan GDP.
  • Bank pusat merendahkan pandangan mengenai keluaran dan sektor eksport ekoran pertumbuhan global yang perlahan.

DATA EKONOMI TUMPUAN BOJ

  • Inflasi harga pengguna Jepun kekal pada paras 0.2% secara tahunan untuk Februari 2019, tidak berubah daripada angka terendah dalam tempoh 15 bulan.
  • Ekonomi (GDP) Jepun berkembang 1.4% pada suku tahun keempat 2018 selepas menguncup 2.6% pada suku tahun ketiga 2018.

JANGKAAN: BULLISH JPY.

  • Sentimen pasaran yang merosot akan menyokong matawang Yen atas faktor safe-haven.
  • Sebagai matawang pendanaan utama, penutupan suku tahun pertama bakal melihat pelabur menukar semula matawang pulangan yang tinggi kepada matawang pulangan yang rendah seperti Yen.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat