Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (26 Julai 2018)

192

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik di sini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah di New Zealand pada 1.75% dengan beberapa petunjuk yang agak dovish (buruk).
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 9 Ogos 2018.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 42 ).
  • RBNZ telah mengakui lebih sedikit risiko terhadap prospek ekonomi global.
  • RBNZ berkata keluaran KDNK yang lebih lemah pada kebelakangan ini membayangkan sedikit lebih banyak kapasiti ganti dalam ekonomi daripada yang kita jangkakan.
  • Kadar perbelanjaan yang diunjurkan oleh Kerajaan juga lebih rendah dan lebih lambat daripada jangkaan.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • RBNZ menggunakan inflasi teras (core inflation) sebagai ukuran. Data ini melonjak 1.7% pada Q2 daripada cetakan suku sebelumnya sebanyak 1.6%.
  • Ekonomi New Zealand naik 0.5 peratus pada suku pertama 2018, di bawah 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

 PLAN: SELL NZD

  • Data trade balance New Zealand mencatatkan penurunan yang ketara dari 208M ke -118M.
  • Jangkaan pelabur akan keluar dari pasaran berisiko tinggi ke pasaran berisiko rendah ke arah mesyuarat ECB hari ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat