FUNDAMENTAL: DOVISH
- RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dengan intonasi yang dovish.
- Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 8 Mei 2019.
- Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI.
- Para penggubal dasar mengatakan prospek ekonomi global yang lemah, terutamanya di kalangan beberapa rakan dagangan utama serta penurunan momentum dalam perbelanjaan domestik, kebarangkalian untuk langkah bank pusat seterusnya adalah dengan memotong kadar faedah.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ
- KDNK di New Zealand hanya berkembang sebanyak 2.3% secara tahunan pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.6% pada tempoh sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5%.
- Harga pengguna di New Zealand meningkat 1.5% tahun ke tahun pada suku pertama 2019, turun dari 1.9% dalam tiga bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan 1.7%.
- Kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 4.30% pada suku tahun keempat daripada 3.90% pada suku tahun ketiga 2018.
JANGKAAN: BEARISH NZD.
- Indeks Prestasi Perkhidmatan Perniagaan NZ di New Zealand turun kepada 52.9 pada Mac 2019 daripada 53.6 turun pada bulan sebelumnya.
- Kadar inflasi terbaru New Zealand mencatatkan kelemahan.
- Kadar pengangguran meningkat dari 10 tahun terendah manakala sektor pekerjaan perlahan.