Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (1 Mac 2019)

426

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
  • FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4% pada Januari 2019 daripada 3.9% sebelum ini.
  • Ekonomi AS mencatatkan penurunan kepada 2.6% pada suku tahun keempat 2018 selepas berkembang 3.4% pada suku tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat berkurangan untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 1.6% pada bulan Januari 2019 daripada 1.9% pada bulan Disember. Ia adalah kadar terendah sejak Jun tahun 2017.

PLAN: SELL USD.

  • Data jualan runcit Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih 9 tahun untuk bulan Disember sekaligu memberi bayangan dalam kelembapan ekonomi A.S.
  • Pengerusi FED Jerome Powell sekali lagi mengulangi bahawa bank pusat akan terus kekal bersabar untuk dasar monetari mereka.
  • Data KDNK Amerika Syarikat pada suku keempat 2018 tidak mencapai sasaran 3% oleh Trump.
  • Data pendapatan dan perbelanjaan individu AS dijangka menurun berikutan kelemahan jualan runcit dan purata pendapatan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat