Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (10 Ogos 2018)

614

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

 

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus pada suku tahun kedua pada 2018, jauh melebihi perkembangan 2.2 peratus yang meningkat pada tempoh sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)

 

PLAN: BUY USD

  • Jangkaan data inflasi (CPI) hari ini dicatatkan pada angka yang positif berbanding sebelumnya.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat