Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (12 Jun 2019)

361

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
  • FED mengatakan bahawa inflasi telah lemah walaupun bahawa aktiviti ekonomi telah meningkat pada kadar yang kukuh dan pasaran buruh yang kuat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS berada pada 3.6% pada bulan Mei 2019, tidak berubah daripada bulan lepas dan sejajar dengan bulan sebelumnya.
  • Data KDNK Amerika Syarikat mencatatkan bacaan 3.1% pada suku tahun pertama tahun 2019, sedikit lebih rendah daripada bacaan awal 3.2%.
  • Kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 2% pada April 2019 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya, hanya di bawah ramalan 2.1%. Ia adalah kadar tertinggi sejak November lepas.

JANGKAAN: BEARISH USD.

  • Data KDNK Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama disemak rendah.
  • Peningkatan dalam jangkaan bahawa Federal Reserve akan menurunkan kadar faedah Amerika Syarikat pada tahun ini.
  • Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat perlahan pada Mei dan purata pendapatan meningkat kurang daripada jangkaan.
  • Indeks harga pengguna hari ini dijangka melemah ekoran kejatuhan dalam harga petrol dan kekuatan USD sebelum ini boleh menekan kadar inflasi.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat