Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (13 September 2018)

478

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
  • Kadar inflasi tahunan AS berjumlah 2.9% pada Julai 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3%. Namun, inflasi kekal pada paras tertinggi sejak Februari 2012.

PLAN: SELL USD.

  • Sentimen pasaran yang stabil cenderung untuk pelabur mengalihkan pelaburan dari pegangan dolar AS berikutan laporan bahawa AS sedang berusaha untuk mengadakan perundingan perdagangan dengan China.
  • Data CPI hari ini dijangka merosot ekoran data PPI semalam melemah.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat