Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (25 Julai 2018)

528

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedah seperti jangkaan kepada 1.75-2.00%.
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC: Aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
  • FOMC: Data terkini menunjukkan bahawa pertumbuhan perbelanjaan isi rumah telah meningkat, sementara pelaburan tetap perniagaan terus meningkat dengan kukuh.

 

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
  • Ekonomi (GDP) AS melonjak sebanyak 2.0% tahunan pada suku pertama 2018. Menurun dari 2.9% suku tahun sebelumnya.
  • Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, yang paling rendah sejak April 2000 dan di atas jangkaan pasaran sebanyak 3.8 peratus.
  • Purata pendapatan meningkat 0.2% pada bulan Jun selepas meningkat 0.3% pada bulan Mei. (Impak kepada inflasi)

PLAN: BUY USD KE ARAH DATA GDP

  • Presiden Trump memberi bayangan untuk tumpuan kepada data GDP yang akan menaik separuh dari sebelumnya. Fokus pasaran terhadap data ekonomi GDP pada Jumaat ini.
  • Data KDNK (GDP) dijangka keluar pada 4.8% pada Jumaat ini.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat