Carta harga pasangan mata wang GBP/USD memperlihatkan penurunan harga semalam ke paras terendah terbaru selepas mengatasi paras dicecah pada minggu lalu.
Harga pada mulanya dilihat turun melepasi paras sokongan minggu lalu pada 1.21000 sebelum mencecah sekitar 1.20700 untuk rekod terendah dalam tempoh 3 minggu.
Namun harga kembali melonjak semula di awal sesi New York menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Harga berundur turun semula ke sekitar 1.21000 sebelum melantun sekali lagi untuk menutup dagangan sesi New York di sekitar 1.21300.
Pergerakan harga mendatar perlahan di sesi New York sekitar paras penutupan itu, namun memberi isyarat awal untuk perubahan trend apabila telah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Harga sedikit susut di awal pembukaan sesi Eropah ke sekitar 1.21200 sambil menguji paras sokongan MA50.
Pergerakan harga diperhatikan teliti oleh pelabur untuk dagangan penghujung minggu ini sementara menantikan data indeks harga PCE AS dan data sentimen keyakinan pengguna yang akan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.
Penurunan harga jika diteruskan dilihat akan menguji kembali paras 1.21000 sebelum mencecah semula ke paras terendah harian semalam.
Seterusnya untuk penurunan lanjut dan catatan paras terendah terbaru, sasaran adalah pada zon 1.20500 dan zon 1.20000.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, paras 1.22000 dilihat sebagai rintangan terhampir untuk diuji selain memberi petunjuk bagi pergerakan bullish.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menuju semula ke paras 1.23000 yang hampir dicapai pada dagangan Selasa lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG