Analisis GOLD – Apa Sudah Jadi? Emas Langsung Tidak Bergerak

1,539

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbading USD tampaknya mempersembahkan rentak yang sedikit rancak di ketika pembukaan sesi New York semalam (Khamis).

Hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang memapar lonjakan serta bacaan baik dari indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS sama sekali telah menekan harga emas kembali menyusut.

Namun kemudiannya penyusutan harga itu nampaknya tidak dapat bertahan setelah harga sekali lagi mendaki untuk terus berlegar-legar pada zon 1800.00 dan paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Dagangan emas dilihat terus mendapat kesempatan untuk kekal cenderung dalam mencatat kenaikan susulan dolar greenback masih dihantui kelemahan angkara sentimen pasaran risk-on pada ketika ini.

Secara tidak langsung ia juga turut menggambarkan bahawa pelabur sedikit berselera dalam suasana pasaran setelah mengambil perkembangan yang positif mengenai Omicron hasil daripada kajian pakar.

Dalam pada itu, pasaran kemungkinan tidak akan mengabaikan pada langkah pengurangan pembelian bon (tapering) dan kenaikan kadar faedah lebih awal yang ingin dilakukan oleh Federal Reserve (Fed).

Yakni yang mana langkah tersebut dijangka akan menyampaikan pengukuhan kepada dolar greenback dan sekali gus bakal memberi tekanan serta mempengaruhi pergerakan untuk menyusut lebih parah.

Tetapi pasaran emas serta kebanyakan komoditi nampaknya ditutup pada dagangan hari ini (Jumaat) berikutan segelintir pelabur dan pasaran sedang membuat persediaan untuk merayakan hari Krismas.

Oleh itu, penganalisis menjangkakan bahawa pergerakan harga kebarangkalian akan membuat gap pada awal pembukaan dagangan minggu hadapan.

Paras ketinggian 4 minggu sekitar 1814.00 akan kekal menjadi sasaran utama pelabur sekiranya harga terus membuat kenaikan sebelum harga dijangka bakal memapar cubaan untuk menguji zon 1830.00.

Dengan nada berbeza pula jikalau sebaliknya, zon 1800.00 sudah semestinya bakal dijadikan sebagai zon yang akan dicecah terlebih dahulu andai kata harga kembali membuat penurunan harga semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat