Analisis GOLD – Bagaimana Pengakhiran Emas Minggu Ini?

1,709

Dagangan emas pada minggu ini mencatatkan lonjakan mingguan terbesar sejak November tahun lalu menyentuh semula ke paras ketinggian $1,875.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga melonjak ke paras rintangan 1875.00 dari paras terendah harga pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Namun menuju ke penghujung minggu, harga dilihat semakin menjauh dari paras rintangan tersebut setelah harga gagal tembusi ke paras lebih tinggi.

Sesi dagangan Jumaat turut melihatkan pergerakan harga turun semula di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang berkemungkinan menjadi petunjuk awal untuk penurunan lebih lanjut harga emas.

Paras sokongan dilihat pada 1850.00 sebelum harga meneruskan kenaikan semula dan menguji sekali lagi rintangan 1875.00.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju semula ke zon SBR (support become resistance) 1900.00 yang menjadi tumpuan pasaran sebelum ini.

Namun jika harga terus menjunam lebih rendah, zon support pada 1820.00 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah menuju zon harga 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat