Analisis GOLD – Benteng Dirobek, Emas Akan Terus Catat Kejatuhan?

1,641

Nampaknya pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD masih lagi gagal untuk menembusi zon tumpuan pada 1800.00 dan pada akhirnya telah persembah aksi terjunan maut.

Terjunan itu sama sekali dilihat telah pun menembusi zon 1780.00 untuk memecahkan benteng paling kebal serta sering menyokong lonjakan sejak minggu lalu bagi memapar corak harga yang lebih jelas.

Yang mana terjunan tersebut juga hampir menguji zon sokongan 1760.00 sebelum memanjat semula pada sesi Asia hari ini (Rabu) yang mungkin ingin membuat ‘reversal’ sahaja sebelum kekal dengan trend bearish.

Sekali lagi pasaran menerima kejutan dan yang terkini membabitkan kepada kenyataan hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang ingin mempercepatkan pengetatan dasar polisi.

Keadaan ini tentunya bakal membuatkan pasaran optimis terhadap Fed untuk melaksanakan langkah pengurangan pembelian bon dengan kadar lebih awal daripada jangkaan serta jadual asal sebelum ini.

Ini secara tidak langsung bakal memberikan khabar gembira kepada dolar greenback untuk mengukuh dan mungkin akan dapat permintaan dari pelabur susulan penularan kes Covid-19 yang masih meluas.

Penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa pergerakan harga emas berkebarangkalian akan kembali menuju zon sokongan 1760.00 setelah harga sudah pun berjaya memusnahkan pergerakan mendatar.

Jangkaan yang ketara untuk penurunan yang lebih rendah pula akan memperlihatkan dagangan emas menjejaki zon sokongan pada 1740.00 yang turut pernah menjadi zon tumpuan di dagangan Oktober.

Akan tetapi tidak mustahil bahawa penurunan yang itu hanya membuat fake breakout semata-mata, andai kata begitu zon SBR (support become resistance) 1800.00 akan kembali menjadi sasaran jikalau harga kembali catat lonjakan.

Peningkatan lebih garang akan menyaksikan harga mungkin akan menembusi zon SBR tersebut bagi mempamerkan kemampuan untuk terbang gah menggapai ke zon SBR yang seterusnya pada 1830.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat