Analisis GOLD – Berlegar Pada $2,030, Emas Masih Hilang Arah?

748

Sememangnya pergerakan harga emas masih tidak memberikan arah yang jelas, namun menjadi kelegaan buat para pelabur apabila harga masih bertahan daripada alami kejatuhan.

Sepanjang minggu ini dagangan emas dilihat terus berlegar di sekitar $2,030 yang merupakan zon tumpuan harga sebelum ini.

Mata wang US dolar yang mempengaruhi pergerakan emas, dilanda ketidaktentuan ketika data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan sepanjang minggu ini.

Bacaan pertumbuhan ekonomi yang sedikit tersasar dari bacaan semalam membuatkan US dolar melemah dan mendorong harga emas naik.

Sementara data indeks perbelanjaan peribadi pengguna PCE akan menjadi tumpuan seterusnya pada sesi New York malam nanti.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, penurunan harga turut dapat dilihat berlaku ke paras sekitar 2025.00.

Pelabur waspada untuk risiko kejatuhan harga ketika pergerakan yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Namun, harga berjaya pulih semula untuk melantun di atas paras 2030.00 dan turut melepasi halangan MA50 yang memberi petunjuk perubahan untuk pergerakan bullish buat emas.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini bersambung ke sesi Eropah yang dilihat berlegar di sekitar 2034.00-2037.00.

Pergerakan harga dijangka lebih rancak pada sesi New York malam nanti yang akan dipengaruhi reaksi terhadap data indeks PCE.

Jika harga terjun semula di bawah zon 2030.00, ini akan menjadi amaran kepada pelabur untuk kejatuhan lebih parah semula buat emas.

Sasaran kejatuhan harga boleh mencecah hingga ke sasaran paras tumpuan pada 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat