Analisis GOLD – Corak Kenaikan Harga Masih Kekal, Namun Perlu Waspada

972

Masih tidak mengecewakan buat pelabur, harga emas meneruskan kenaikan pada hari ketiga berturut-turut kembali melonjak dari paras terendah yang dicecah harga di awal minggu.

Pada Isnin, pergerakan harga emas pada carta XAU/USD dilihat turun mencecah paras sekitar 1764.00 untuk menutup dagangan November di paras terendah sejak Julai lalu.

Namun pada Selasa, harga memulakan dagangan untuk bulan Disember dengan corak kenaikan sebelum trend tersebut berterusan sehingga penghujung minggu.

Selepas harga membuat kenaikan di atas paras 1800.00 semula, harga dilihat menuju ke paras 1850.00 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Momentum kenaikan masih berjaya dikekalkan disokong oleh pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat trend bullish.

Sentimen risk-on pasaran kekal melemahkan dagangan US dolar sepanjang minggu ini memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Dengan jangkaan untuk US dolar kekal lemah menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat, harga emas kekal dijangkakan untuk meningkat.

Hal ini akan menambahkan keyakinan para pelabur untuk melihat harga emas meningkat sehingga ke paras sekitar 1875.00 selepas berjaya melepasi zon RBS 1850.00 terlebih dahulu.

Namun, jika zon RBS tersebut gagal ditembusi, pelabur akan berwaspada terhadap situasi penurunan harga semula di dagangan penghujung minggu di samping kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit-taking).

Penurunan semula harga emas dilihat akan kembali semula ke paras tumpuan 1800.00 dan reaksi harga di zon tersebut akan dinilai pelabur untuk isyarat arah pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat