Analisis GOLD – Dari Paras $2,000, Emas Susut Ke Paras Jangkaan $1,900

1,126

Menepati ramalan penganalisis komoditi, harga emas kembali susut semula ke paras $1,900 pada dagangan pembukaan awal minggu ini.

Paras tumpuan tersebut dicecah harga pada penurunan yang bersambung ke awal sesi New York semalam sebelum harga emas mula mendatar di sekitarnya sehingga ke penghujung sesi.

Pengukuhan jelas US dolar pada awal minggu turut memberi tekanan terhadap emas selain mata wang utama yang lain dalam pasaran turut terkesan.

Sentimen pasaran yang berisiko dilihat gagal untuk meningkatkan tarikan terhadap emas sebagai aset safe-haven ekoran tumpuan lebih terarah kepada US dolar selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengesahkan kenaikan kadar faedah lebih agresif pada mesyuarat Mei.

Justeru, dapat diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, penurunan harga pada minggu lalu diteruskan pada awal minggu ini ke paras 1900.00 selepas pembukaan harga di sekitar 1930.00.

Harga emas yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat untuk meneruskan trend bearish.

Pergerakan mendatar emas di sekitar 1900.00 bersambung sehingga ke awal sesi Eropah hari ini (Selasa).

Penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan pada sesi berikutnya di bawah paras 1900.00 dengan jangkaan sasaran terbaru adalah pada zon 1870.00.

Malah, penurunan harga yang diteruskan dilihat boleh mencecah sehingga ke zon support pada 1830.00.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan dari support 1900.00, halangan MA50 bakal dilepasi dan memberi isyarat untuk perubahan trend menaik buat emas.

Kenaikan awal bakal menguji dahulu rintangan pada paras 1950.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung minggu lalu.

Dan kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan bakal kembali mensasarkan pada ketinggian 2000.00 yang hampir disentuh pada kenaikan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat