Data keyakinan pengguna akan menjadi tumpuan para pelabur pada malam ini kerana dijangka akan mempengaruhi pasaran harga emas selanjutnya secara keseluruhan.
Data ini akan mengukur pandangan dan keyakinan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara mereka.
Selain itu, pelabur juga berhati-hati menanti data-data lain yang bakal dikeluarkan sepanjang minggu ini seperti tuntutan pengangguran, Keluaran Dalam Negara Kasar awal (Prelim GDP q/q) dan indeks harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi Teras (Core PCE Price Index).
Berdasarkan carta harian, harga emas sedang berada dalam keadaan sideway.
Pelabur menjangkakan keadaan tersebut dipengaruhi oleh sentimen perang di timur tengah yang tampaknya telah reda di antara Hizbullah dan Israel.
Pada carta harian XAU/USD yang mengukur nilai berbanding US dolar di mana harganya berada di sekitar paras 2510.00.
Sekiranya harga ingin melakukan kenaikan, kita boleh tunggu pada zon 2524.00 untuk harga menguji pada paras tersebut.
Jika harga berjaya melepasi paras 2524.00, sasaran seterusnya adalah pada paras 2530.00 untuk harga sampai pada rintangan tersebut.
Sebaliknya, jika harga ingin meneruskan penurunan, kita boleh menanti reaksi harga pada paras 2497.00.
Paras 2473.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon tersebut jika harga berjaya melepasi harga 2497.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.