Dagangan komoditi emas berkocak pada sesi New York semalam ketika US dolar didagangkan agak bercampur sebelum mengukuh semula di penghujung sesi New York.
Pergerakan US dolar dipengaruhi oleh data ekonomi yang diterbitkan semalam dengan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai catat peningkatan angka yang mengatasi ramalan.
Dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam hingga ke paras tumpuan yang dinantikan pelabur iaitu 1900.00.
Harga telah ditekan rendah hingga mencecah 1897.00 sebelum melantun naik semula ke paras 1910.00.
Harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut namun gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Menuju ke penghujung sesi New York, harga kembali berundur turun semula menjejaki zon 1900.00.
Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga sedikit meningkat di sesi Asia, namun kekal halangan MA50 menyekat kemaraan harga.
Pelabur akan melihat sama ada harga mampu terjun lebih rendah menembusi zon 1900.00 yang kini menjadi support buat harga.
Sekiranya harga berjaya melonjak melepasi halangan MA50, kenaikan harga emas boleh menuju semula ke paras 1920.00 sebelum ini.
Seterusnya, zon SBR (support become resistance) pada 1930.00 pula akan menjadi tumpuan pada kenaikan harga berikutnya.
Sebaliknya jika harga tembus support 1900.00, ini akan menjadi petanda buruk buat emas dan pelabur perlu bersedia untuk menyaksikan kejatuhan lebih parah harga.
Penurunan bakal dilanjutkan menuju paras 1885.00 atau seterusnya pada 1870.00 yang akan menjadi paras-paras tumpuan harga yang seterusnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG