Dagangan emas ketika menyambung dagangan minggu ini pada Selasa semalam dilihat tidak begitu menggembirakan para pelabur seperti minggu lalu.
Pada penghujung minggu lalu, harga emas berjaya melonjak mencapai paras $2,070 yang dipacu oleh pergerakan mata wang US dolar.
Emas juga memanfaatkan situasi penyusutan US dolar setelah data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang lemah.
Dapat diperhatikan pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya melonjak melepasi paras rintangan 2050.00.
Pada Jumaat, kenaikan harga telah mencapai paras 2070.00 yang merupakan paras sasaran yang dijangkakan penganalisis sebelum itu.
Reaksi harga diperhatikan di mana sebaik sahaja harga menyentuh paras tersebut, berlaku pengunduran semula harga menuju ke paras 2050.00 pada penutupan sesi terakhir dagangan minggu lalu.
Pada Selasa semalam, harga kembali paparkan peningkatan semula menuju paras 2070.00 namun dilihat masih lagi belum berjaya mengatasinya.
Pergerakan harga kekal bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.
Corak kenaikan dijangka akan diteruskan, namun pelabur menunggu untuk harga tembusi paras 2070.00 yang menjadi rintangan semasa buat harga.
Paras 2080.00 akan jadi paras terhampir untuk kenaikan harga emas yang diteruskan.
Namun jika harga untuk menembusi 2070.00 sebaliknya berlaku penurunan semula harga, itu akan menjadi petanda awal kepada pelabur untuk pergerakan bearish.
Harga bakal kembali uji paras 2050.00 atau lebih parah, susut lebih rendah ke bawah paras tersebut sebelum menuju ke sekitar 2030.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG