Harga emas gagal membuatkan pelabur gembira pada dagangan Khamis semalam apabila corak pergerakan yang kekal suram.
Terkesan oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan, emas diheret jatuh lebih rendah apabila US dolar telah mengukuh sehingga dagangan sesi New York berakhir.
Meneliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, lonjakan harga dapat dilihat pada awalnya ketika data diterbitkan pada pembukaan awal sesi.
US dolar yang melemah telah mengangkat harga emas ke paras 1930.00 memberi gambaran awal yang positif buat pelabur.
Namun, kegembiraan hanya sementara apabila harga emas diperhatikan kembali menurun semula hingga mencecah paras terendah terbaru sekitar 1912.00.
Kejatuhan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD mengunjurkan corak pergerakan bearish akan berterusan buat emas.
Pada dagangan bersambung pada hari ini (Jumaat), harga paparkan kenaikan semula menuju ke paras 1920.00 sambil menguji halangan MA50 di sesi Eropah.
Penurunan harga dijangkakan akan diteruskan lagi melepasi paras terendah yang dicecah sebelum menuju ke sasaran terbaru di paras tumpuan 1900.00.
Kali terakhir harga didagangkan di paras tersebut adalah pada penghujung Jun lalu di mana harga telah berjaya membuat lantunan semula setelah mengujinya.
Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, melepasi halangan MA50 dan paras 1920.00 boleh menolak harga naik menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1930.00.
Pelabur juga perlu berwaspada dengan risiko aktiviti profit taking di penghujung minggu yang akan mengundang ketidaktentuan pada pergerakan harga di sesi-sesi terakhir.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG