Analisis GOLD – Emas Masih Bergelut Untuk Lepasi Zon $1,720

409

Pada minggu lalu, dagangan komoditi emas papar pergerakan yang mendatar dengan nilai terendah dicecah pada $1,692 dan paras tertinggi dicapai di penghujung minggu pada $1,729.

US dolar yang gagal mengekalkan momentum pengukuhan walaupun Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menyampaikan isyarat hawkish pada ucapannya, dilihat mengurangkan tekanan terhadap dagangan emas sementara US dolar menyusut daripada paras tertinggi 20 tahun.

Pergerakan US dolar pada minggu ini akan dipengaruhi oleh beberapa terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) seperti data inflasi, indeks harga pengeluar, data jualan runcit serta sentimen pengguna tinjauan Universiti Michigan.

Indeks dolar juga masih lagi meneruskan penyusutannya sehingga mencecah ke paras 108.36 memberikan peluang kepada logam kuning untuk meneruskan peningkatan di awal minggu ini.

Mengukur nilai emas berbanding US dolar pada carta harga XAU/USD, harga dilihat masih bergelut untuk bertahan di atas zon 1720.00 yang menjadi zon rintangan buat harga pada dagangan minggu lalu.

Harga memulakan dagangan di awal minggu di sekitar paras tersebut dan pamerkan penurunan perlahan di sesi Asia. Namun menyambung dagangan di awal sesi Eropah, harga mula melonjak dan sedikit melepasi zon 1720.00 tersebut.

Lonjakan harga tersebut juga turut menyaksikan harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan bakal mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu untuk zon 1740.00 pula bakal menjadi zon tumpuan harga seterusnya.

Pergerakan harga dengan corak bullish yang lebih jelas dijangka akan melonjakkan harga sehingga mencapai semula ke paras 1760.00 untuk harga menguji pula zon rintangan penting tersebut sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Namun waspada sekiranya US dolar kembali mengukuh dan menekan semula harga emas untuk susut lebih rendah pada minggu ini.

Harga yang susut semula di bawah paras 1720.00 dan paras sokongan MA50 akan menjadi amaran kepada pelabur untuk kejatuhan lebih parah bagi dagangan emas.

Dijangkakan harga bakal meneruskan penurunan dan menguji semula zon 1700.00 yang menjadi tumpuan pada minggu lalu sebelum penurunan yang dilanjutkan akan menguji zon support sekitar 1790.00.

Untuk penurunan lebih rendah, zon 1680.00 pula dilihat akan menjadi sasaran sekaligus harga mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu setelah kali terakhir hampir dicecah harga pada 21 Julai lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk runjukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat