Dagangan emas tidak menunjukkan sebarang pergerakan yang mengujakan pelabur, hanya sekadar mendatar sepanjang Rabu semalam.
Masih lagi dipengaruhi oleh mata wang US dolar, harga emas sukar untuk mendaki lebih tinggi ekoran raja mata wang itu kembali didagangkan pulih semula dari penyusutan sebelum ini.
Ini didorong data yang diterbitkan di sesi New York semalam melibatkan tinjauan keyakinan pengguna dan data jualan rumah Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.
Beberapa lagi data ekonomi AS akan menjadi tumpuan seterusnya iaitu bacaan akhir pertumbuhan ekonomi AS suku ketiga akan diterbitkan hari ini dan kemudiannya data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS pada Jumaat.
Jika angka yang hadir terus positif dan menyokong US dolar untuk terus kukuh, situasi ini akan menyukarkan emas untuk meneruskan peningkatan harganya.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mendatar di bawah paras 2050.00 untuk 6 hari berturut-turut sejak lonjakan pada minggu sebelum ini menuju ke zon rintangan itu.
Pelabur juga memerhati pergerakan harga yang berlegar di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk menantikan petunjuk arah yang lebih jelas buat emas.
Jika US dolar mengekalkan pengukuhan lanjut, harga emas berisiko untuk semakin menyusut semula ketika penutup minggu ini.
Paras sasaran untuk penurunan adalah menuju sekitar 2000.00 semula atau jika tembus lebih rendah, zon support 1980.00 akan diperhatikan.
Namun, jika harga emas akhirnya berjaya mencanak naik menembusi rintangan 2050.00, kecenderungan untuk harga meningkat mencadangkan paras 2070.00 bakal dicapai.
Namun, pelbagai situasi boleh tercetus dan harga emas dijangka akan volatile menuju ke dagangan sesi-sesi akhir minggu ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG