Analisis GOLD – Emas Mendatar, Pelabur Waspada Sebarang Kejutan Tak Terduga

531

Dagangan emas tidak menunjukkan reaksi yang menarik pada pembukaan awal minggu dengan pergerakan harga sekadar mendatar sahaja.

US dolar yang didagangkan bercampur pada sesi-sesi yang berbeza masih gagal memberikan arah yang jelas buat dagangan emas.

Pada Isnin semalam, harga emas bergerak pada julat perlahan dan tidak banyak berubah seperti situasi pergerakan pada Jumaat lalu.

Jika memerhati pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, ketinggan dicapai semalam adalah sekitar 2328.00 sementara paras terendah harian sekitar 2320.00.

Pergerakan harga yang dilihat masih meniti di sekitar garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi harapan kepada pelabur untuk trend bullish harga diteruskan.

Namun pengukuhan yang dipaparkan US dolar di sesi New York semalam mencetuskan risiko untuk kejatuhan semula harga emas.

Jika harga membuat penurunan, zon support pada 2300.00 akan kembali menjadi tumpuan seperti yang diuji pada dagangan minggu lepas.

Penurunan lanjut harga juga tidak mustahil untuk berlaku dan pelabur bakal menyaksikan harga emas susut lebih rendah dengan sasaran ke sekitar 2270.00.

Namun jika harga berjaya paparkan lonjakan kukuh semula, kenaikan harga dijangka untuk mengatasi paras minggu lalu yang dicapai.

Seterusnya, zon tumpuan pada 2380.00 dilihat sebagai kawasan penting yang bakal mengundang reaksi menarik harga di sekitarnya untuk memberikan petunjuk arah selanjutnya.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat