Analisis GOLD – Emas Mengendur Sedikit Selepas Lonjakan Minggu Lalu

582

Emas menutup dagangan minggu lalu dengan cemerlang apabila memaparkan peningkatan semula harga berbanding mendatar pada corak pergerakan dari awal minggu.

Faktor penyusutan US dolar menjadi pemangkin lonjakan harga emas sejak Khamis ketika dipengaruhi oleh bacaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang suram.

Situasi pada minggu ini akan dipengaruhi oleh data petunjuk lebih utama iaitu inflasi AS yang akan memberi jawapan kepada persoalan Federal Reserve (Fed) dalam menentukan langkah pemotongan kadar faedah mereka.

Emas juga dijangka akan menerima impak ketara dengan reaksi pasaran ketika data diterbitkan.

Jika diperhatikan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, selepas mendatar di atas zon 2300.00 harga emas telah melonjak sehingga mencapai ketinggian 2378.00.

Menyambung dagangan di awal minggu ini pula, harga yang dibuka sekitar 2360.00 di sesi Asia pagi ini telah memaparkan corak penurunan perlahan ke sekitar 2350.00.

Pergerakan harga di awal sesi Eropah dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sekiranya berlaku lantunan semula untuk harga menyambung corak bullish minggu lalu, paras ketinggian pada Jumaat bakal diatasi.

Kenaikan lebih tinggi harga emas akan kembali mensasarkan zon 2340.00 yang menjadi rekod tertinggi sepanjang masa dicapai pada April lalu.

Sementara ramalan untuk penurunan harga pula selepas harga susut di bawah sokongan MA50, zon 2300.00 berkemungkinan akan kembali dituju harga.

Jika zon tersebut gagal menyokong harga seperti minggu lalu, tidak mustahil untuk emas tembus lebih rendah ke bawah sebelum menuju zon tumpuan 2270.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat