Pergerakan rancak harga emas pada dagangan sesi New York semalam mengundang keterujaan para pelabur dengan kejutan yang turut berlaku.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menjadi tumpuan semalam.
Sejak awal minggu, harga emas diperlihatkan beredar perlahan di atas zon 1920.00 sehingga dagangan semalam di sesi Asia dan Eropah.
Memasuki awal sesi New York semalam, harga emas pada mulanya telah memaparkan lonjakan melepasi paras rintangan 1930.00 mencapai ketinggian terbaru minggu ini pada 1935.00.
Namun, kejutan berlaku apabila harga emas kemudiannya terus berpatah arah membuat terjunan drastik hingga ke paras 1920.00.
Setelah berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut, pelabur bersedia dengan isyarat pergerakan bearish itu.
Harga terus menyambung penurunan melewati 1920.00 sehingga pada penghujung sesi harga menyentuh paras 1915.00.
Namun, pergerakan harga kembali perlahan semula di sesi Asia pagi ini menyaksikan harga ditarik semula ke paras 1920.00 sehingga dagangan diteruskan ke sesi Eropah.
Penganalisis pasaran menjangkakan dagangan di sesi berikutnya akan lebih mencabar buat emas berdepan data-data penting ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar.
Sekiranya harga emas terus ditekan turun lebih rendah, sasaran adalah untuk melihatkan harga kembali menguji zon support 1900.00 yang dicecah pada minggu lalu.
Malah harga boleh susut lebih rendah sekiranya US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan dan terus menambah tekanan buat emas.
Sementara, jika harga berjaya melonjak semula di atas paras 1920.00 dan melepasi halangan MA50, kenaikan akan diteruskan untuk mencabar ketinggian dicatatkan semalam.
Kenaikan lebih tinggi akan disasarkan menuju zon tumpuan terdahulu iaitu pada 1950.00 dan akan turut mencatatkan ketinggian terbaru 2 minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG