Analisis GOLD – Emas Tak Bernasib Baik, Tersungkur Ke Paras $1,640

495

Dagangan aset emas terus tersungkur pada Rabu selepas corak pergerakan harga yang ditampil beberapa minggu ini kekal suram.

Pelabur juga tidak meletak harapan yang tinggi untuk melihat komoditi logam kuning itu melonjak dalam tempoh terdekat sementara pasaran kekal berjaga-jaga dengan risiko perubahan sentimen berdepan musim laporan pendapatan korporat.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, terdapat corak kenaikan harga di awal minggu sebelum mula memaparkan pergerakan mendatar pada Selasa semalam di sekitar 1650.00.

Selepas harga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta tersebut, pelabur mula akur dengan isyarat bearish itu.

Seperti yang dijangkakan, harga yang menyambung dagangan pada hari ini (Rabu) dilihat memaparkan corak penurunan bermula sesi Asia sehingga bersambung ke awal sesi Eropah berikutan mata wang US dolar yang kembali mendapat rentak untuk sedikit mengukuh semula disokong oleh peningkatan berterusan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Penurunan harga dilihat sekali lagi menguji paras sokongan 1640.00 yang berada pada zon RBS (resistance become support) dengan pelabur menilai petunjuk pergerakan emas selanjutnya.

Jika tembus lebih rendah melepasi zon RBS tersebut, harga dijangka meneruskan penurunan menuju zon tumpuan 1615.00 yang menjadi rekod terendah 2 tahun buat emas selepas dicecah pada penghujung September lalu.

Sebaliknya jika harga melantun dari zon 1640.00 tersebut dan kenaikan turut melepasi halangan MA50, peluang untuk harga emas meningkat lebih tinggi adalah lebih cerah.

Jangkaan kenaikan harga bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1680.00 yang telah menjadi penghalang bagi kenaikan harga minggu lalu.

Melepasi zon tersebut akan mendorong pergerakan trend bullish emas menuju pula zon tumpuan 1700.00 sebelum ke zon rintangan lebih tinggi yang berada sekitar 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat