Analisis GOLD – FOMC Bakal Penentu Hala Tuju Emas!

1,233

Dagangan emas sedikit positif pada pembukaan awal minggu ini dengan peningkatan harga dipaparkan berbanding pergerakan mendatar pada penghujung minggu lalu.

Emas didagangkan antara julat $2,040 dan $2,010 pada minggu lalu dengan penurunan harga dilihat berlaku pada Rabu menyaksikan harga kembali susut di bawah paras $2,030.

Penganalisis masih menantikan arah pergerakan harga yang lebih jelas untuk emas yang dijangka bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat FOMC pada minggu ini.

Jika keputusan mesyuarat menyokong pengukuhan US dolar, harga emas bakal ditekan jatuh.

Sebaliknya jika US dolar melemah, ini akan membuka ruang untuk emas capai lonjakan ke paras lebih tinggi semula.

Meninjau carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang mencecah paras 2010.00 minggu lalu telah menunjukkan peningkatan semula hari ini.

Zon 2030.00 dilihat diuji oleh harga di sesi Eropah petang ini dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi berpotensi untuk diteruskan.

Ini berikutan pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut pada pembukaan sesi Asia pagi ini.

Jika kenaikan lebih tinggi berlaku dan mengatasi ketinggian minggu lalu, sasaran terhampir yang dilihat akan menjadi sasaran untuk diuji adalah pada 2050.00.

Kenaikan lebih tinggi harga boleh dijangkakan susulan impak mesyuarat FOMC dan data pekerjaan NFP yang boleh mencetuskan pergerakan drastik harga.

Malah harga juga boleh menjunam ke bawah dengan pelabur menyaksikan emas catatkan paras terendah terbaru lagi.

Zon 2000.00 menjadi zon terpenting bakal diuji dan reaksi pada sekitar itu akan memberi petunjuk pada pergerakan selanjutnya emas.

Jika tembus, harga emas berisiko untuk terus alami penyusutan lebih parah menyambung dagangan untuk minggu-minggu seterusnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat