Analisis GOLD – Harga Emas Dah Kembali Melonjak Semula

1,136

Dagangan emas pada Rabu lebih paparkan pergerakan mendatar selepas melonjak di awal sesi New York semalam selepas reaksi pasaran membuatkan nilai US dolar susut.

Pada sesi sebelumnya semalam, harga emas dilihat susut menyambung penurunan sejak Jumaat lalu, namun harga kembali melonjak semula untuk isyarat trend bullish semula.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga yang susut ke paras sekitar 1724.00 kemudiannya melonjak melepasi paras rintangan 1745.00.

Harga juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bullish, namun pergerakan harga perlahan di sekitar 1745.00 tersebut sejak penghujung sesi New York semalam.

Jika kenaikan harga emas berjaya diteruskan, paras ketinggian minggu lalu sekitar 1757.00 dan 1765.00 dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang akan diuji harga.

Kenaikan harga lebih tinggi yang melepasi zon tersebut bakal menuju semula ke paras tumpuan 1800.00.

Sekiranya harga kemabli membuat penurunan, paras sokongan harga dilihat berada di paras 1720.00 pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Penurunan lebih rendah bakal menuju semula ke zon support yang dicecah bulan Mac pada julat harga 1700.00 hingga 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat