Dagangan emas alami penyusutan pada pembukaan pasaran awal minggu lalu, mengecewakan pelabur dengan prestasi suram untuk permulaan tahun 2024.
Ditambah pula dengan faktor pengukuhan US dolar yang diteruskan sejak penutupan dagangan penghujung 2023 menambahkan lagi tekanan pergerakan komoditi berharga tersebut.
Jumaat lalu, pergerakan drastik harga diperhatikan ketika reaksi terhadap data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan bagi bulan Disember.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat susut di bawah paras 2070.00 pada penutup 2023 lalu.
Penurunan harga diteruskan pada pembukaan 2024 di awal minggu lalu menyaksikan ahrga menjunam melepasi paras penting pada 2050.00 dan mencecah zon 2030.00 pada Selasa.
Pergerakan harga mendatar di bawah 2050.00 yang dilihat turut diuji harga sebelum berlaku turun naik harga pada julat yang besar ketika data NFP pada Jumaat.
Harga dihenjut turun pada mulanya ke paras 2025.00 sebelum melonjak semula hingga ke paras 2064.00.
Namun, harga tidak meneruskan kenaikan lebih tinggi sebaliknya berundur turun semula dan menutup dagangan di bawah paras 2050.00 pada sesi terakhir minggu itu.
Dagangan diteruskan pada pembukaan awal minggu ini menyaksikan harga emas kecundang lagi susut ke zon 2030.00 sehingga setakat awal sesi Eropah.
Pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi indikasi kecenderungan untuk pergerakan bearish diteruskan buat emas.
Sekiranya harga susut lebih rendah menembusi zon 2030.00, harga dijangka bakal mencecah ke paras tumpuan penting pada 2000.00.
Dan tidak mustahil penurunan boleh diteruskan lagi sekiranya situasi pengukuhan US dolar masih berterusan.
Namun, sebarang kemungkinan boleh berlaku ditambah pula ketidaktentuan pasaran minggu ini menjelang terbitan data inflasi AS.
Jika harga emas berjaya paparkan kenaikan semula, paras 2050.00 akan menjadi rintangan awal untuk diatasi.
Berjaya melepasi paras tersebut akan mendorong peningkatan harga lebih tinggi ke sekitar 2070.00 hingga 2080.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG