Analisis GOLD – Harga Emas Sekali Lagi Meningkat Uji Rintangan $1,745

1,052

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan logam kuning berharga itu bergerak stabil pada minggu ini.

Harga emas telah pamerkan peningkatan sejak minggu lalu berikutan penyusutan US dolar dalam pasaran susulan penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Selepas melonjak dari paras support 1680.00 minggu lalu, kenaikan harga emas telah kembali mencapai paras 1745.00 yang menjadi paras rintangan harga untuk beberapa minggu sebelum ini.

Selepas kenaikan mencapai paras ketinggian tersebut pada Selasa lalu, harga bergerak mendatar pada rabu semalam di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Belum lagi memberi isyarat untuk membuat penurunan, harga membuat kenaikan lagi pada dagangan hari ini (Khamis) ke paras rintangan 1745.00 semula pada sesi Eropah. Namun, harga dilihat masih bergelut untuk menembusi zon tersebut.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, zon SBR (support become resistance) pada 1765.00 dilihat menjadi tumpuan utama harga sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju ke paras 1800.00 semula.

Sebaliknya jika zon rintangan 1745.00 masih kebal untuk ditembusi, pelabur perlu bersedia untuk situasi kejatuhan emas semula dengan jangkaan harga akan menuju kembali ke paras 1720.00.

Untuk penurunan lebih rendah, zon sokongan harga dilihat berada di paras 1700.00 dan juga 1680.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat