Analisis GOLD – Harga Emas Semakin Menyusur Lebih Rendah

820

Dagangan emas kekal berada dalam tekanan dipengaruhi oleh pergerakan US dolar yang kembali paparkan corak harga yang lebih positif sehingga dagangan sesi New York semalam.

Data yang diterbitkan pada sesi New York semalam menunjukkan bacaan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dilihat jatuh pada bulan Jun kepada 98.7, bacaan paras terendah sejak Februari 2021.

Ini semakin menambahkan lagi kegelisahan para pelabur untuk kesihatan ekonomi terbesar di dunia itu di tengah-tengah peningkatan kebimbangan mengenai inflasi yang diramalkan akan terus meningkat.

Walaupun didagangkan merosot, namun penganalisis tidak menolak jangkaan untuk emas kembali melonjak semula apabila pelabur mula memilih emas sebagai aset safe-haven semula dalam sentimen pasaran yang berisiko.

Menilai pergerakan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah menyambung penurunan semula di sesi Eropah semalam setelah membuat kenaikan pada sesi sebelumnya yang hampir mencapai paras 1830.00 semula.

Paras harga 1830.00 tersebut kini menjadi rintangan buat harga, dan harga yang turut gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi petunjuk untuk pergerakan bearish buat emas.

Selepas berlegar di paras terendah pada sesi New York semalam di sekitar 1818.00, harga menyambung lagi penurunan pada dagangan hari ini (Rabu) menuju ke zon tumpuan 1810.00.

Sekiranya harga meneruskan penurunan lebih rendah, harga bakal menuju ke paras 1800.00 pula untuk menguji zon support utama buat dagangan emas sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Namun, jika penurunan tersebut gagal diteruskan, kenaikan harga emas berkemungkinan boleh berlaku semula untuk harga kembali menguji rintangan pada 1830.00 dan halangan MA50.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya bakal menampilkan isyarat bullish untuk mendorong harga meningkat pula ke zon ketinggian sekitar 1850.00 yang turut menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Kenaikan lanjut emas dilihat bakal menguji  zon tumpuan pada rintangan 1870.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat