Analisis GOLD – Harga Emas Tak Sambung Jatuh, Masih Bertahan Di Zon $1,870

829

Dagangan emas mendatar sejak awal minggu sehingga bersambung pada hari ini (Rabu) ketika pelabur terus menantikan petunjuk lebih jelas untuk arah pergerakan pasaran selanjutnya.

Terjunan ketara harga yang berlaku pada penutup dagangan minggu lalu berikutan reaksi terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak diteruskan pada minggu ini.

Menjadi tumpuan pada awal pagi tadi iaitu ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell membuatkan pelabur masih keliru terhadap dasar monetari bank pusat.

Ini disebabkan perubahan pada nada Powell yang sebelum ini lebih bersifat dovish yang cenderung memperlahankan pengetatan dasar, namun dipengaruhi pula oleh laporan pekerjaan yang kukuh.

Powell menyatakan bahawa inflasi dijangka akan turun lagi pada tahun ini, namun berkemungkinan juga kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan berdasarkan data-data terbaru yang muncul.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat bergerak mendatar pada zon tumpuan 1870.00 dari awal minggu.

Terdapat isyarat bullish apabila harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Harga mendatar di sekitar 1876.00 di sesi Asia pagi ini sebelum sedikit kenaikan dipaparkan pada awal sesi Eropah.

Kenaikan jika berjaya diteruskan dilihat akan menuju ke paras 1900.00 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Meneruskan kenaikan lebih tinggi akan menjangkakan harga untuk menuju pula ke zon rintangan yang dicapai minggu lalu pada 1950.00.

Namun jika harga mula menjunam lebih rendah di bawah zon 1870.00, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan lebih rendah pada harga emas.

Penurunan harga boleh mencecah sehingga ke sekitar 1830.00 yang dijangka akan menjadi paras sokongan buat harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat