Analisis GOLD – Harga Emas Terselamat Dari Kejatuhan Di Bawah Paras $1,800, Apa Seterusnya?

987

Pelabur masih berwaspada terhadap dagangan emas sementara masih menantikan arah pergerakan bagi mata wang US dolar yang turut mempengaruhi logam kuning tersebut.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mula memaparkan pergerakan lebih positif pada minggu lalu untuk isyarat kenaikan harga berbanding terjunan yang berlaku pada penghujung Januari lalu.

Namun harga masih dilihat bergelut untuk bergerak di atas paras 1800.00 dengan penurunan harga beberapa kali menguji paras penting itu.

Dagangan Khamis dan juga Jumaat melihatkan cubaan harga untuk turun di bawah paras 1800.00 namun kembali pantul semula.

Sementara untuk kenaikan harga pula, zon SBR (support become resistance) pada 1810.00 menjadi rintangan untuk harga memecut ke paras lebih tinggi.

Pengukuhan awal US dolar susulan reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat juga gagal untuk susut lebih rendah untuk harga kembali semula ke zon 1810.00.

Bersambung pada dagangan awal minggu ini, harga emas masih bergerak perlahan pada sesi Asia dan Eropah di zon SBR 1810.00, dengan jangkaan pergerakan harga akan lebih menarik pada sesi New York.

Melepasi kenaikan pada zon 1810.00 akan mendorong harga emas menuju ke paras 1830.00 untuk turut menguji zon SBR yang lebih tinggi tersebut.

Seterusnya, kenaikan yang diteruskan dijangka akan memberi reaksi terhadap zon 1850.00 yang telah diuji pada dagangan 2 minggu lalu.

Sementara jika US dolar berjaya mengukuh dan memberi tekanan terhadap harga emas pula, penurunan di bawah paras 1800.00 dilihat akan menguji zon support 1780.00.

Zon tersebut berjaya membendung kejatuhan harga emas pada penghujung Januari sebelum harga pamerkan corak kenaikan sehingga minggu lalu.

Namun jika penurunan harga emas melepasi zon support tersebut, pelabur bakal menjangkakan kejatuhan sehingga ke paras sekitar 1760.00 yang dicecah pada dagangan Disember.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat