Analisis GOLD – Harga Mencanak Sentuh Paras $2,200 Sebelum Terjun Semula

1,179

Pelabur emas menyaksikan berlaku lonjakan harga pada dagangan logam kuning itu semalam selepas pergerakan mendatar yang dipaparkan di awal minggu.

Namun selepas lonjakan, penyusutan harga kembali diperlihatkan didorong oleh perubahan pada dagangan US dolar pada waktu sesi pasaran yang berbeza.

US dolar yang melemah di sesi Eropah semalam melonjakkan harga mencanak naik sebelum pada sesi berikutnya, US dolar berjaya pulih semula dan kembali menekan harga emas jatuh.

Situasi tersebut diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Selepas mendatar di sesi Asia sekitar paras 2170.00, harga kemudiannya telah mencanak naik hingga menyentuh paras ketinggian 2200.00.

Seperti dijangka penganalisis yang meramalkan bakal berlaku reaksi pada sekitar tersebut, harga terus berundur turun sebaik sahaja menyentuh paras itu.

Selepas terjunan, harga mendatar menuju dagangan penghujung sesi New York di sekitar paras 2177.00.

Walaupun berlaku penurunan semula, namun pergerakan harga dilihat masih berlegar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) yang masih mencadangkan untuk pergerakan bullish harga untuk berlaku.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dipaparkan semula, paras 2200.00 yang menjadi rintangan semasa buat harga bakal diuji sekali lagi.

Jika akhirnya berjaya tembus lebih tinggi, ada potensi harga untuk capai semula rekod tertinggi pada minggu lalu sekitar 2222.00.

Namun, jika harga kecundang lebih rendah di bawah sokongan MA50, pelabur perlu bersedia untuk risiko kejatuhan emas yang lebih parah.

Sasaran penurunan harga adalah menuju zon tumpuan pada 2145.00 yang dijangka akan mengundang reaksi menarik harga di sekitarnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat