Analisis GOLD – Harga Menjunam Di Bawah Paras $1,800

1,913

Jika sebelum ini harga emas gagal manfaatkan peluang ketika US dolar masih bergerak lemah, namun situasi menjadi lebih parah buat logam kuning berharga tersebut apabila US dolar kembali mengukuh semula.

Sesi New York semalam kembali menyaksikan lonjakan nilai US dolar dalam pasaran yang disokong kenaikan pada hasil perbendaharaan AS dengan prospek pemulihan ekonomi dan peningkatan inflasi.

Faktor tersebut telah melenyapkan momentum kejatuhan US dolar yang berlarutan sejak minggu lalu sehingga bersambung di awal minggu ini.

Pengukuhan semula US dolar telah memberi tekanan terhadap dagangan emas semasa susulan pergerakan mendatar pada dagangan awal minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga telah jatuh lebih rendah dari zon 1820.00 selepas pergerakan mendatar.

Pergerakan harga lebih agresif apabila harga jatuh di bawah paras 1800.00 sebelum kenaikan semula harga. Namun harga gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum menyambung penurunan semula dengan pelabur menilai perubahan trend bearish buat emas.

Harga yang bergerak di bawah paras 1800.00 telah menguji paras support harga pada awal Februari sekitar 1785.00. Pergerakan harga perlahan sekitar paras tersebut sehingga dagangan bersambung pada Rabu.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah melepasi support 1785.00 bakal menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1765.00.

Sekiranya harga cuba membuat kenaikan semula di atas paras 1800.00, halangan MA50 akan diuji untuk harga kembali semula ke zon halangan 1820.00.

Seterusnya, sasaran lebih tinggi untuk kenaikan adalah menuju paras 1850.00 semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat