Analisis GOLD – Jatuh Lagi! Emas Susut Ke Paras Terendah 3 Bulan

2,721

Kejatuhan harga emas sukar lagi dibendung apabila pelabur terpaksa menyaksikan penurunan terbaru emas pada dagangan Selasa semalam ke paras terendah terbaru mengatasi paras yang telah dicecah minggu lalu.

Walaupun pengukuhan US dolar sejak awal minggu ini dilihat tidak begitu agresif, namun aset safe-haven emas tetap gagal mendapat tarikan pelabur.

Pelabur kini sedang memberi tumpuan terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi yang juga dilihat akan mempengaruhi dagangan semasa emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat telah menyambung penurunan ke paras terendah terbaru 3 bulan hampir menyentuh zon tumpuan 1830.00.

Pada dagangan pembukaan awal minggu lagi pelabur telah mendapat isyarat untuk penurunan lebih rendah emas selepas harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD susut ke bawah zon 1870.00.

Namun bersambung pada dagangan hari ini (Rabu), terdapat kenaikan awal harga emas yang dipamekran sehingga ke awal sesi Eropah.

Kenaikan harga dilihat akan menguji paras halangan MA50 dan jika harga gagal melepasinya, penurunan harga akan dijangkakan semula menuju zon support 1830.00.

Jika zon support 1830.00 juga gagal untuk membendung penurunan agresif harga emas untuk meneruskan trend bearish, sasaran adalah untuk mencecah ke sekitar 1800.00.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku, rintangan awal pada 1870.00 akan diuji sebelum pelabur melihat isyarat untuk perubahan trend emas semula.

Kenaikan yang berjaya diteruskan selanjutnya akan menuju ke paras ketinggian tumpuan sebelum ini iaitu pada 1900.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat