Penyusutan US dolar berterusan hingga ke sesi New York semalam telah memberi kelebihan kepada harga emas untuk terus meningkat lebih tinggi.
Pelabur berhati-hati terhadap pergerakan US dolar sementara menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada malam ini selepas laporan pekerjaan NFP menjadi tumpuan minggu lalu.
Kesan data yang diterbitkan akan memberi gambaran penetapan dasar monetari selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed), mempengaruhi pergerakan US dolar dan turut memberi kesan terhadap turun naik nilai emas dalam pasaran.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan harga diteruskan pada Selasa semalam mencapai paras 1938.00.
Harga sedikit berundur sebelum menutup dagangan di penghujung sesi New York sekitar paras 1932.00.
Isyarat kekal bullish buat emas dengan pergerakan harga yang masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), kenaikan diteruskan lagi dan harga sedikit mengatasi ketinggian semalam mencapai paras terbaru pada 1941.00, namun di awal sesi Eropah harga sedikit susut semula.
Pergerakan harga bakal lebih bertambah rancak pada sesi New York sebentar lagi ketika pasaran memerhati angka pada bacaan inflasi AS yang diterbitkan.
Sekiranya harga emas terus kekal melonjak, paras 1950.00 mampu dicapai semula setelah harga susut dari zon tersebut sejak 20 Jun lalu.
Paras ketinggian terbaru akan dicatatkan buat emas dan jika melepasi 1950.00, sasaran lebih tinggi untuk dituju adalah sekitar ketinggian 1980.00 pula.
Sebaliknya, jika harga emas membuat penurunan, susut di bawah sokongan MA50 akan mengheret harga jatuh menuju zon 1920.00.
Meneruskan lagi penurunan lebih rendah akan mengisyaratkan perubahan trend bearish yang boleh menyusutkan semula harga sehingga mencecah kembali 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG