Analisis GOLD – Kecewa Pelabur Apabila Emas Menjunam Semula

2,458

Pelabur pada penghujung minggu menyaksikan perubahan pada sentimen pasaran yang terus memihak kepada US dolar.

Dagangan komoditi emas dilihat pamerkan kejatuhan nilai semula selepas capai ketinggian pada $1740 di sesi Eropah semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam melihatkan kejatuhan harga yang lebih ketara susulan pengukuhan US dolar yang didorong oleh peningkatan semula hasil perbendaharaan AS.

Sehingga ke sesi Eropah pada Jumaat, dilaporkan hasil perbendaharaan AS terus meningkat lebih tinggi dan terus menekan harga emas lebih rendah.

Selepas harga jatuh di bawah paras sokongan 1720.00 pada sesi Asia, harga meneruskan penurunan lebih rendah pada sesi Eropah menuju paras tumpuan 1700.00.

Jangkaan pelabur untuk harga emas kembali meningkat ke paras 1800 semula meleset apabila corak pergerakan harga pada carta XAU/USD kembali beri isyarat trend bearish.

Harga bakal membuat penurunan ke zon sokongan sebelum ini di bawah paras 1700.00 di mana paras 1680.00 menjadi paras sokongan harga yang diuji pada penghujung minggu lalu.

Jika situasi semasa berkekalan, lebih parah buat dagangan emas dengan jangkaan untuk harga jatuh lebih rendah sehingga ke paras terendah terbaru 11 bulan.

Namun, jika US dolar kembali melemah semula, pelabur akan kembali meletakkan harapan untuk kenaikan harga semula.

Kenaikan harga perlu menguji paras rintangan 1745.00 terlebih dahulu sebelum menuju ke zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat