Analisis GOLD – Keputusan FOMC Pengaruhi Emas Kembali Terjun

1,057

Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya telah memberikan kejutan dengan terjunan maut setelah sahaja harga mencapai paras tertinggi terbaharu pada 1854.00.

Walaupun demikian harga pada mulanya hanya bergerak perlahan di awal dagangan semalam (Rabu) sebelum persembah aksi terjunan melebihi 350 pips ketika keputusan mesyuarat FOMC diumumkan.

Keadaan ini tentunya sama sekali akan mendorong pelabur untuk menjangkakan harga emas mungkin bakal kekal junam selepas harga mula bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Impak kenyataan yang dilontarkan oleh Federal Reserve (Fed) ketika mesyuarat FOMC awal pagi tadi dilihat telah menyokong dolar greenback untuk kembali memperoleh takhta sebagai raja matawang.

Pengukuhan berkenaan sama sekali terus diterajui oleh kenyataan dari Pengerusi Fed Jerome Powell yang kekal mengambil langkah untuk menamatkan pembelian bon (tapering) lebih segera pada Mac.

Secara tidak langsung keadaan ini terus pengeruhi Fed untuk menyatakan hasrat dalam menaikkan kadar faedah serta mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet) pada mesyuarat polisi seterusnya.

Lantaran itu, penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa pergerakan harga emas berkemungkinan bakal cenderung untuk kekal menurun dalam menguji zon sokongan 1800.00 sebelum terus junam.

Manakala zon sokongan atau boleh diambil kira sebagai paras terendah pada tahun 2022 ini sekitar 1780.00 barangkali akan menjadi hala tuju berikutnya andai kata harga kekal merekod trend bearish.

Namun sebaliknya jika pergerakan harga kembali membuat lonjakan semula, maka zon SBR (support become resistance) 1830.00 mungkin bakal dianggap sebagai sasaran pertama untuk sekali lagi diuji.

Lonjakan yang lebih tinggi pula berkebarangkalian akan memacu harga emas untuk kembali menguji zon rintangan ketika ini pada 1850.00 sebelum dinilai untuk arah berikutnya yang lebih ketara lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat