Pelabur emas hela nafas lega apabila menyaksikan lonjakan semula harga diteruskan sehingga dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa).
Masih lagi situasi pergerakan seperti minggu lalu, US dolar terus didagangkan tertekan yang turut memberi impak kenaikan harga logam kuning.
Pelabur akan meneliti minit mesyuarat FOMC pada minggu ini untuk mendapatkan petunjuk seterusnya berkenaan dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang dilihat semakin cenderung menuju ke arah fasa pelonggaran.
Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, penurunan awal diperlihatkan di sesi Eropah sebelum harga melantun di sesi berikutnya.
Harga telah susut ke sekitar 1966.00 sebelum melantun dan menutup dagangan sesi New York sekitar paras 1978.00.
Menyambung dagangan di sesi Asia pula, lonjakan harga telah dipaparkan menembusi zon penting 1980.00 dan turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang kembali memberi isyarat untuk menyambung trend bullish sebelum ini.
Sehingga dagangan awal sesi Eropah petang ini, harga berlegar perlahan di paras 1993.00 menguji paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat itu.
Dengan ini, pergerakan harga dilihat semakin menghampiri paras tumpuan 2000.00 yang dijangkakan penganalisis.
Zon rintangan tersebut bakal diuji setelah pada dagangan penghujung Oktober dan awal November lalu, harga gagal menembusinya setelah beberapa kali cubaan.
Pun begitu, pelabur tetap perlu waspada untuk risiko kejatuhan semula harga emas jika terdapat petanda perubahan trend.
Penurunan laju harga di bawah zon 1980.00 boleh mendorong harga menuju sehingga ke sekitar 1950.00 sebelum kejatuhan lebih rendah harga bakal menyusul.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG