Tak mengalah, harga emas pacak naik semula di awal minggu!
Tidak menyambung kejatuhan lebih rendah seperti yang berlaku pada Jumaat lalu, dagangan emas pada Isnin semalam menyaksikan kenaikan harganya semula yang telah melepasi paras penting pada $1,920.
Ketika simposium Jackson Hole pada hujung minggu lalu telah membuatkan harga emas jatuh susulan US dolar yang kukuh, namun berbeza situasi di awal minggu ini apabila US dolar dilihat tidak bermaya.
Pelabur emas lega melihatkan pergerakan positif harga itu, namun kekal bersedia dengan sebarang kemungkinan menjelang beberapa siri data ekonomi penting yang akan diterbitkan minggu ini terutamanya laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kembali bangkit di sesi New York semalam menembusi 1920.00 namun kembali menutup dagangan di sekitar itu pada penghujung sesi.
Cubaan kenaikan diteruskan lagi harga pada sesi Asia hari ini (Selasa) ke paras 1926.00 namun sedikit berundur semula di sesi Eropah.
Selagi pergerakan harga berada di atas zon 1920.00 dan bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, pelabur masih boleh menjangkakan harga emas untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Zon 1930.00 dilihat akan menjadi tumpuan berikutnya jika kenaikan harga diteruskan untuk zon penting itu diuji.
Jika harga kekal bertenaga meneruskan lonjakan, paras ketinggian pada 1950.00 berkemungkinan mampu dicapai.
Sebaliknya, jika harga menjunam semula di bawah zon 1920.00 dan melepasi sokongan MA50, ini akan memberi amaran awal kepada pelabur untuk kejatuhan harga emas.
Jika berlaku, zon RBS (resistance become support) pada 1900.00 akan diperhatikan sebagai sasaran dengan jangkaan harga akan memberi reaksi ketika mencecah sekitarnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG