Analisis GOLD – Pelabur Emas Bakal Kecewa Lagi

947

Pergerakan harga emas di awal minggu ini dilihat perlahan dan mendatar di sekitar paras harga $1,780 selepas momentum kenaikan harga mula perlahan pada minggu lalu.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar masih lagi gagal melonjak melepasi paras rintangan 1800.00.

Situasi penurunan harga emas bakal mengecewakan pelabur lagi pada minggu ini yang gagal menepati jangkaan untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun, pergerakan lemah US dolar di awal minggu berkemungkinan mampu memberi ruang untuk harga emas catatkan peningkatan.

Pelabur akan berwaspada menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis di samping tumpuan juga kepada data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat untuk suku pertama tahun ini.

Pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas bagi pergerakan harga yang berlegar di sekitar paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) 1765.00 yang dilihat sebagai paras penting untuk menyokong kenaikan harga semula.

Namun jika harga harga jatuh lebih rendah, pergerakan pada trend bearish bakal menuju ke paras tumpuan 1745.00 dan 1720.00 sebelum ini dan berpotensi mencecah semula sehingga zon support 1700.00.

Sekiranya harga berjaya melonjak melepasi rintangan 1800.00, harga emas bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu menuju paras sekitar 1815.00 atau lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat